Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 31, 2012

selamat tahun baruu :')

selamat tinggal 2012.
azam ? apa yang perlu diazamkan kalau hanya akan tinggal sebagai 'azam' ?
aku tidak azam, tetapi aku berdoa.
aku mengharap agar tahun 2013 ini akan membawa kehidupan yang lebih baik .
ya , kehidupan yang jauh lebih baik berbanding yang sebelumnya .
aku buang segala kenangan pahit , dan sematkan segala kenangan manis.
selamat tinggal kelukaan yang pedih berdarah , moga tidak akan muncul lagi.

tolong pergi kedukaan. berlalu bersama tahun 2012 ini .
mohon jangan kembali lagi.
dan kebahagiaan , semoga datang ke dalam hidup ini.
sinar baru , itu yang ditunggu tunggu .


p/s : selamat tahun baru (: 

Sunday, December 30, 2012

the end


akhirnya ,
apa yang diinginkan semuanya tercampak jauh , lalu terhanyut dilautan bersama ombak ombak kenangan yang kita cipta. kau pergi jauh dari hati ini . dari hidup ini. hanya aku yang masih terdampar disini dan tercari cari dimanakah engkau . dimanakah kasih kita . semuanya hilang bagai ditiup angin.

tahniah aku ucapkan,
kau lah yang memulihkan hati ini . dan kau jua yang merobekkannya .
sungguh perit rasanya.
mulut senjata yang membunuh hati. paling tajam menusuk. tiada tandingan.
setelah ditusuk hati berdarah , dan tak mungkin akan sembuh kembali .
kekecewaan kembali melanda diri. fikiran kosong dan jiwa terganggu.
hati menjerit tak siapa yang mendengar.
ingin aku terima atau ingin aku tepis,
kesakitan itu tetap terpaksa aku rasa.
dan tidak dapat dibendung lagi.
sekali lagi ,
terima kasih .

p/s : jika kau dapat memahami hati seorang perindu , baru kau tahu derita hatiku . jika suatu hari nanti giliran kau merindu , baru kau ingat derita diriku .


Friday, December 28, 2012

duit oh duit !

duit
di zaman yang penuh helah ini
hanya itu saja yang mampu menyelesaikan semua masalah
hanya itu yang semua manusia inginkan
mereka sanggup berhempas pulas
sanggup memerah seluruh tenaga
sanggup mengetepikan sikap perikemanusiaan
demi mendapatkan sekeping kertas yang begitu diagung agungkan
sekeping kertas yang dicetak lalu menjadi setinggi gunung nilainya
ada duit , dapat kuasa
ada duit , dapat nama
ada duit juga boleh mendapatkan cinta
senang kata ,
ada duit , dapat segalanya
mungkin benar kata mereka
manusia kini sudah menjadi hamba duit.
dan kerana duit juga
nyawa manusia seperti sudah kehilangan nilainya
dan aku ?
masih menguatkan diri
untuk cuba bertahan dari menjadi mangsa
mangsa HAMBA DUIT .

p/s : money is not everything , but everything need money .

Wednesday, December 26, 2012

mengalahkah aku ?


aku rimas , aku lemas
lemas dengan hidup ini . dengan perjalanan hidup ini .
setiap apa yang berlaku semakin menarik aku jatuh .
aku sudah terlalu penat .
seribu kali aku jatuh , seribu kali jua aku cuba bangkit .
tetapi untuk kembali bangkit itu,
tidak semudah untuk kembali jatuh .

aku mengaku . aku hampir mengalah :(
hidup ini gila.
tidak ! tetapi ,
hidup ini membuat aku gila .

Saturday, December 22, 2012

aku tidak sempurna ~


malam ini ~ aku  menuju ke hadapan sebuah cermin sebesar pintu almari baju  . aku menatap dalam diri ku sendiri . aku toleh kiri , aku toleh kanan . aku pandang atas , aku pandang bawah . ALHAMDULILLAH . Allah mengurniakan aku fizikal yang sempurna anggotanya . aku bersyukur .

tetapi ,
aku masih bukan seorang yang sempurna .. aku masih serba kekurangan . aku masih tidak mampu menjaga hati semua orang . aku masih tidak mampu membuat semua orang tersenyum . aku masih tidak dapat menyenangkan hati semua orang . maafkan aku . puas aku mencuba untuk menjadi seorang gadis yang serba sempurna . yang dapat membahagiakan semua orang . tapi aku gagal . aku belum kuat untuk melakukannya . arghh ! kadang-2 kata-2 dari seseorang yang kita sayang mampu menjatuhkan diri ini sedikit sebanyak ! ya , tiba-2 aku terasa 'loser' :(
oh tidak ! tidak mungkin ! aku bukan seorang 'loser' . tiada perkataan 'loser' dalam kamus hidup aku . takpe , aku akan cuba dan terus mencuba , tanpa henti . untuk membuktikan apa yang ENGKAU ingin aku buktikan .

# JUDGE me ? and i'll PROVE you WRONG !

Sunday, December 16, 2012

hati terus terluka


luka .. aku kembali terluka .
dek kerana sebuah perasaan sayang , kini aku terasa dilukai .
oh Tuhan , hari ini . malam ini . aku memohon .aku mohon berikan aku sedikit kekuatan untuk melaluinya .
untuk melalui hari hari seterusnya setelah kehilangan seseorang .
ahh , mungkin berat , mungkin susah .
tapi aku tahu keupayaan diri ini . aku tahu aku mampu . aku tahu aku kuat .
tapi aku kuat hanya dengan kekuatan yang diberikan oleh MU .
berikanlah aku sebuah jiwa yang teguh dan sekeping hati yang tabah .

terima kasih Tuhan . kerana telah menemukan aku dengan orang yang salah.
agar aku menjadi lebih bijak untuk menilai dan menghargai . :')

Saturday, November 10, 2012

takpe , aku kuat .

benci . ya , aku benci apa yang aku rasa . benci yang apa aku rasakan sekarang .
arghh ~ celaka !. kenapa aku yang perlu rasa kan ini . sakit !
tapi tak mengapa  . 
aku tahu . aku yakin . dan aku pun yakin yang kau tahu , Tuhan itu adil . 
what goes around , comes around .
aku masih kuat . dan akan selalu terus kuat .
aku dah biasa.
mohon jaga diri . 

terima kasih sayang.


p/s : semoga kau rasa apa yang aku rasa .

Friday, November 9, 2012

STPM 1st semester, byebye !


hari ini ,
8 / 11 / 2012 . jam 1 petang .
dengan ini aku isytiharkan bahawa aku sudah merdeka dari STPM 1 semester 
alhamdulillah , syukur . aku berjaya juga menduduki exam itu
terima kasih Tuhan . aku sudah cuba membuat yang terbaik dan semampu aku .
sungguh , aku terasa seperti sebuah beban yang sangat berat telah aku lepaskan .
lega ~
semoga keputusan nya tidak mengecewakan
apapun keputusannya , aku terima . redha . kerana itu kehendak MU Tuhan . :')

Saturday, November 3, 2012

STPM semester 1 ♥


akhir nya ..
setelah 6 bulan menimba dan mengekalkan segala ilmu di kepala , kini hanya tinggal 2 hari lagi . 2 hari lagi aku akan mencurahkan segala ilmu yang aku perolehi di atas sehelai kertas . sehelai kertas yang akan menentukan  masa depan seorang manusia. cerah atau gelap ? aku serah kan semuanya kepadaMU tuhan . aku hanya mampu berusaha , tapi Kau lah yang menentukan . bantu lah aku Tuhan . semoga apa yang Kau tentukan untuk aku itu adalah yang baik baik sahaja . amin ~ good luck shana . buat mak bangga ♥ . itu yang paling penting :')


p/s :  ini lah peluang untuk aku tebus segala kesilapan dulu dan ini lah masa untuk buktikan kepada semua orang , yang aku juga BOLEH berjaya malah mampu mencorak 1 perjalanan hidup yang tenang , selesa , bahagia .

Sunday, October 28, 2012

merindu dan menunggu :(

hari ini
genap setahun kau di sana 
di tempat yang sangat berasingan
di tempat yang jauh dari pandangan orang
di tempat yang aku sendiri tidak dapat membayangkan
aku rindu kau . sangat merindui kau .
ketawa kau , marah kau , tuturkata kau , gurau senda kau , wajah kau , tangisan kau .
arghhh ~ iya ! aku rindu kau . semua tentang kau .
aku rindu satu satunya darah daging aku

kakak ku
kepulangan kau ku tunggu
setitis demi setitis airmata mengalir
ingatan aku terlalu aktif hari ini
aku pun tidak tahu apa puncanya
satu per satu filem kisah kau dan aku mula berputar
mengimbas jelas setiap kenangan antara kita
aku kesal . aku menyesal atas apa yang berlaku
aku terlalu lemah untuk mengubah takdir
aku tidak mempunyai kekuatan itu .
maafkan aku !

TUHAN , lindungi lah dirinya dimana pun dia berada.
tabahkan lah hatinya , kuatkan lah jiwanya dan perteguhkanlah iman nya ..
sesungguhnya aku sangat menyayangi nya Tuhan
meskipun pelbagai racun berbisa telah terpaksa aku telan
namun aku tahu
air dicincang tidak akan putus

segera lah pulang ya sayang ~
mak , papa , adik Qis , baby Koko dan
aku , adik kau
sentiasa setia menanti kepulangan kau .
tetapi ,
kepulangan kau yang baru
dan bukan yang dulu
aku sayang kau

p/s : pagi yang gelap , kini sudah terang . aku adik mu , dan engkau kakak . aku amat merindui kamu . ingin ku ulang ke masa dulu ~

Saturday, October 27, 2012

simple itu aku

hari ini .
pada malam ini .
aku melangkah kan kaki ke bilik belajar
dengan secawan teh panas di tangan
aku lantas menghidupkan hawa dingin
lalu melabuhkan punggung di kerusi dan membuka laptop
yang pertama sekali , aku sign in facebook aku . akaun pertama , seterusnya akaun kedua .
kemudian aku datang berkunjung ke blog kesayangan aku ini . tengok tengok jumlah penambahan pembaca blog aku ini . 10 orang . cukup lah untuk 1 hari. niat aku menulis blog ini dicipta bukan untuk mengejar followers semata mata .

aku ingin meluah . aku ingin menulis . dan aku ingin berkarya . itu hak aku . itu yang aku ingini . aku seorang manusia yang gemar melakukan apa yang aku suka . asalkan aku puas hati . dan aku pasti semua manusia juga begitu .

selepas itu , aku pun mula berjalan jalan di blog orang . mencuci minda . meluaskan pengetahuan . ilmu itu berada dimana mana . macam macam cerita , macam macam telatah , macam macam rupa blog aku jumpa . dengan senang hati aku menekan butang follow . cantik cantik dan kreatif kreatif belaka blog blog mereka . 

terdetik juga di otak aku nak buat macam mereka . hias blog dengan macam macam benda . tapi , ahhh ~ tak rajin ! lagipun aku tak suka , aku terasa rimas , sarat dan berat . huhhh ~

aku lebih senang dengan blog aku yang simple begini . bagi aku , blog blog yang dihasilkan dinilai melalui apa yang dicerita kan, melalui penulisan nya , melalui isinya . dan bukan 'kulit' nya . 'kulit' blog itu hanya 1 bonus bagi aku . hey , jangan marah . ini hanya pemikiran aku . maaf zahir batin .


p/s : blog aku yang dulu sarat juga . tapi sekarang aku dah jemu :)

Friday, October 26, 2012

kisah silam

kisah silam .
setiap manusia mempunyai kisah silam .
bezanya cuma setiap manusia itu berlainan jalan cerita nya.
ya ,
kisah silam memang tidak akan pernah hilang .
tidak akan pernah luput .
walaupun sehebat mana pun ia ditepis .
ia tetap hadir . ia tetap datang menghantui diri.
sekalipun beribu batu kita berlari .

namun , setiap manusia berbeza caranya . 
ada yang berfikiran terbuka , ada yang berfikiran luas 
dan ada juga mereka yang berfikiran sempit .

aku ..
aku mempunyai kisah silam.
amat sakit , perit , seksa !
ingin aku meraung .ingin aku menjerit .
seolah olah tidak boleh menerima kenyataan.
seolah olah segalanya baru sahaja berlaku.
ingin saja aku mengubah takdir.
tapi apakan daya . aku hanya manusia biasa ..

kini 
aku berada disini . kenapa aku ada di sini ? mengapa aku di sini ?bagaimana aku boleh ada di sini ? 
semuanya kerana kisah silam itu .
oleh kerana kisah itu lah ,
aku berada di sini .
di tempat yang penuh sinar .
di tempat yang penuh ketenangan.
di tempat yang dinamakan "kehidupan".
kisah silam itu yang mengajar aku erti ketabahan , kekuatan dan kesabaran .
sebagai iktibar aku genggami.
dan hingga akhirnya , 
aku menjumpai arah jalan hidup aku yang baru .
tidak seperti  selama ini yang tidak jelas ..
malah kabur..
suram...
kelam ..

p/s : sujud syukur kepada Mu yang maha Esa :')

aku kembali ~

malam ini .
malam raya aidiladha .
aku datang ke blog ini..
sambil membawa kain lap dan bulu ayam .
aku kesat , aku tepuk .
sungguh dah berhabuk blog kesayangan aku ini .
sudah agak lama aku meninggalkan pentas drama hidup aku ini .
huhhh ~

malam ini , aku tidak pasti apa yang bermain difikiran .
tiba tiba aku datang ke blog ini setelah sekian lama .
terasa ingin meluahkan sesuatu .
untuk aku berkongsi apa yang aku fikirkan.
tetapi ,
puas aku cuba mengenal pasti apa yang bergelegar di otak aku. .
aku pusing kiri ,
aku pusing kanan.
namun aku gagal .
fikiran aku terasa kosong .
ya , kosong ..

cuma yang aku pasti ,
aku akan kembali disini ..
aku akan kembali menulis blog.
aku akan kembali berkongsi apa yang ingin aku kongsikan .
dengan wajah yang baru ..
kisah yang baru ..
dan hidup yang baru ..