Create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, January 28, 2013

welcome to my life, LOVE


dengan lafaz bismillah , aku, Iylia Shaferina menerima kau, Amirul Luqman untuk bertahkta dihati ini dan menjadi peneman bagi hari hari aku yang seterusnya. selamat datang sayang ke dalam hidup yang penuh onak liku ini . semoga kau tabah dan mampu bersabar dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang selama disisi aku. hanya 1 pinta aku , jagai lah hati ini seperti mana kau menjaga hati kau sendiri. aku tak menjanjikan kebahagiaan , tapi aku hanya mampu berjanji untuk cuba membahagiakan kau (:





p/s : semoga hubungan ini dan setiap apa yang kita lakukan sentiasa dijaga dan dirahmati Allah. amin ~

Sunday, January 27, 2013

aku tahu siapa aku .

sememangnya aku sudah lali dengan gelaran itu. 'perempuan jahat'. gelaran yang dah tak asing lagi. walau sebaik mana sekali pun aku buat untuk menjadi 'perempuan baik' ,  aku tetap dipandang sebagai 'perempuan jahat'. wajarkah itu ? kalian ada mulut dan kalian ada otak. memang ianya hak masing masing bagaimana untuk menggunakannya. gunakan otak dahulu dan baru luahkan dimulut. ah! apapun yang kalian tafsirkan , itu tidak akan mengubah aku untuk menjadi siapa aku. siapa aku yang akan datang, bukan letaknya ditangan kalian. oleh itu . mohon berhenti menyalak. jadi lah seperti manusia , bukan seperti anjing. maaf kasar bahasa . aku manusia biasa (:


p/s : hanya Tuhan saja yang tahu .



Thursday, January 24, 2013

masih menanti :(


aku masih disini. setelah sekian lama, demi sebuah jawapan. yang aku sendiri tidak pasti keputusannya. apapun keputusannya, aku berjanji akan redha untuk menerima. dan tidak akan sesekali menitiskan lagi airmata. kerana ternyata , aku sudah kelemasan . berendam dengan airmata.


p/s : menanti sebuah jawapan

Monday, January 21, 2013

hati ini sudah 'mati' :(


hati ini sudah 'mati'. dan aku masih belum mampu untuk 'menghidupkannya'. aku masih trauma. aku masih ketakutan. ketakutan untuk kehilangan orang yang aku sayang. bukan untuk pertama kali, tapi sudah berpuluh kali.
andainya angin mampu meniup pergi segala luka dihati ini , tidak mungkin aku masih begini. masih merangkak , mencuba untuk melangkah, untuk bangkit dari kesakitan yang pernah ditorehkan. sangat pedih. sangat mendalam. hingga mampu membunuh sekeras keras hati aku. seringkali aku mengatakan hati ini kuat dan tabah, tetapi ianya tetap hati seorang wanita.





p/s : moga hati ini beransur pulih .

Sunday, January 20, 2013

berhenti berharap


maafkan aku sayang. aku masih belum bersedia. aku tidak akan mampu menjadi yang terbaik untuk kau. oleh itu , aku tekad untuk terus membunuh, daripada harus menghiris dan melukakan sedikit demi sedikit.itu lebih menyiksa !  kau akan menganggap aku jahat . tak mengapa . aku lebih senang digelar perempuan jahat berbanding digelar perempuan hipokrit. mengharap itu sakit . penantian itu penyiksaan. aku mengerti. disebabkan itu , aku lebih sanggup terus katakan 'tidak' , dari membuat kau tersiksa. tolong jangan mengharapkan aku . hati ini masih belum sembuh. luka itu masih berdarah. aku masih dalam rawatan. aku perlukan masa. dan aku sendiri tidak pasti, berapa lama tempoh yang hati ini perlukan . mungkin juga hingga sampai satu ketika , engkau sendiri tidak mampu lagi untuk terus menanti, dan akan berundur diri . sekali lagi maafkan aku .



p/s : harap tabah ya duhai hati :')


Wednesday, January 16, 2013

'kawan'


terima kasih 'kawan'. kini aku mengerti apa maksud 'kawan'. aku tak perlukan 'kawan' seperti kau lagi.. tak mengapa, hari ini hari kau. aku hargai balasan yang kau bagi pada aku .aku akan ingat sampai bila bila. aku suka cara kau. hanya 1 ingin aku ingatkan , dunia ini berputar . Tuhan itu adil. please remember that. bila kau susah macam mana aku susah sekarang , kau akan mengerti. mohon jangan ingat aku langsung ketika itu. tapi ingat apa yang kau pernah buat. aku pernah sanggup mengikat perut , demi mengenyangkan perut kau, tapi ini balasan yang aku dapat? tahniah. kau berjaya membuat aku menyesal. dan itu akan menjadi kali terakhir aku buat ihsan pada kau , dan takkan ada lagi kali kedua , mahupun yang ketiga.


p/s : aku tetap bersyukur kerana masih lagi mempunyai sahabat sahabat yang sentiasa bersama 

Nur Farahana Bt Sarif.
dia adalah sahabat sejati dan akan selalu kekal menjadi sahabat sejati. terima kasih sayang kerana selalu ada . aku sayang kau gila gila. semoga persahabatan kita berkekalan sampai mati 

Monday, January 14, 2013

tidak mudah :(


tidak tahu bagaimana hendak aku nyatakan. tiada kata yang dapat aku gambarkan.
kecamuk , serabut , kusut . penat .
aku sangat kepenatan .
memang penat menjadi aku.
harus tetap cuba mengagahkan diri, sekalipun 1001 cabaran yang datang.
antara kuat atau tidak , antara mampu atau tidak ,
aku tidak pasti.
cuma yang aku pasti ,
ini jalan yang aku pilih .
moga Tuhan memberikan aku kekuatan .







p/s : baru kini aku tahu , bukan mudah menjadi aku .





Monday, January 7, 2013

tragedy 7th January !


OMG OMG OMG !
pagi tadi tayar motor bocor dekat simpang maut tu time on the way nak pergi sekolah . okay , this is the first time okay . it's never happened before . dah tu time hari-2 macam ni pulak boleh tak bawa handphone ! apa lah nasib badan ~ but it's okay , everything is under control . kakak hana datang ambil kami dekat sana and hantar pergi sekolah .

thanks a lot untuk abang aiem yang menolong kami pagi tadi. kenal pun secara tidak sengaja . siap tolong bawa kan motor hantar repair and siap hantarkan sekali dekat rumah hana. ohh gosh ! so sweett of you . thankyousomuch ! (:

okay , first time balik sekolah naik bas . ggrrrr !

# hope it will never ever happen again . huh ~


Friday, January 4, 2013

sastera ohh sastera ~

sekarang ,
bermulalah pembelajaran aku semester kedua . tidak dinafikan , ianya bukan mudah. semester kali ini berat dan sangat berat. sastera itu mudah , tapi untuk menjadi 100% orang sastera itu bukan mudah ! kadangkala aku terfikir sejenak , mampukah aku kejar dan tangkap setiap apa yang aku pelajari ? bolehkah aku ? cukup tabah kah aku untuk memerah habis habisan otak aku ni ?

 arghh ~ belum cuba belum tahu . aku yakin aku mampu. hendak 100 daya. dan aku pasti hati aku memang hendak !

hidup umpama peperangan. ianya terpulang kepada diri sendiri untuk terus melangkah ke medan peperangan dan berperang atau pun berundur lalu menyerah sebelum sempat berperang. dan aku akan sentiasa pastikan aku sempat berperang dalam setiap apa peperangan yang meletus dalam hidup ini.
ini cara aku.
study first.
semoga berjaya shana.
usaha dan terus berusaha , tanpa henti .

p/s : hidup mesti mencabar . baru 'rare' !



aku perlu habis kan kedua buku ini dalam masa 4 bulan .  bukan sekadar baca , tapi memahami sepenuhnya . Sulalatus salatin ini menggunakan 100 % bahasa klasik . oh tidak ! boleh gila . (:

Thursday, January 3, 2013

sakit itu penghapus dosa kecil (:


Tuhan memberikan penyakit. dan Dia juga yang menyembuhkannya .
dan sebagai seorang hambanya yang sangat kerdil .
aku memohon , aku berdoa agar disembuhkan penyakit yang sedang dihadapi ini .
setiap penyakit itu adalah penghapus dosa dosa kecil . aku tahu itu .
tak mengapa . aku harus bersabar dan berserah .
semoga Tuhan mendengar dan memakbulkan doa hambanya ini .
amin ~


p/s : mohon didoakan semoga aku cepat sembuh dan kembali ceria .