Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, October 20, 2013

masih aku cinta :')


akhirnya.
aku terima 1 undangan perkahwinan...
MUNIDAH DAN JOHANI
dupp ! jantung terhenti seketika.
kenapa mesti biarkan aku tahu?
kenapa mesti aku diundang? adakah untuk ingatkan aku sejarah pahit kembali?
celaka kau.
aku sedang bangkit-
tapi kau tarik lantas jatuhkan aku semula
aku yakin kau tahu ia akan hancurkan aku.
tapi --
tak mengapa, aku dah biasa pujuk hati sendiri.
hati ini sudah kebal dihiris. dah lali--
retak nya berulang kali
pengganti kau sampai mati tiada aku jumpa
namun kebahagiaan kau tetap menjadi doa penting aku.
meskipun dari jauh kau masih aku cinta.

27 oktober :')

Tuesday, October 15, 2013

i'm a bussiness woman now :)


assalamualaikum stalkers. apa khabar kalian ? dah lama aku tak datang jenguk blog ni. dah berdebu , berhabuk bagai. disebabkan dah terlalu lama aku tinggalkan blog ni, now aku ada benda baru nak share dengan semua.

well,
merujuk kepada title entry ni,
now aku ada join 1 bussiness ni. it quite interesting, so that's why lah aku try juga join even modal nya boleh tahan besar. terpaksa lah aku bertungkus lumus bersihkan rumah semata nak bodek and pinjam mak aku duit. bhahaha ! nampak tak kecelakaan aku ? :P but hey, jangan salah sangka. aku masih setia bergelar student. pra-u student okay. and next month aku akn menghadapi final exam. wish me luck guys !

back to the story, actually banyak benefits yang aku boleh dapat daripada hasil join bussiness ni.. nak tahu ? aku yang tak pernah pernah berminat dengan bussiness pun akhirnya turut kecundang setelah di hasut oleh myrul dan seterusnya di psiko oleh azree dan alif. HAHA ! padahal mula mula teruk myrul makan maki hamun aku sebab join bussiness ni tanpa bincang dengan aku. wehh, siapa tak tergoda kalau kita boleh dapat income rm1000 seminggu? seminggu weyh, seminggu! bayangkan kalau seorang student dapat income around rm4000 sebulan?? gila k gila. kerja tesco jadi manager pun tak dapat segitu ah sebulan. haha ! nak join tak? mehh mehh ! kalau korang nak tahu, aku akn cerita kan tentang bussiness pencil.my di entry yang seterusnya :)

 mari join ramai ramai ! tak salah kan nak menambahkan pendapatan sendiri ? :)



Tuesday, February 26, 2013

bahagia meniti :)

.
sungguh ! aku sedang meniti hari hari bahagia. 
alhamdulillah. terima kasih Ya Allah. 
bahagia nya aku kini , kerna adanya dia disisi..
kekalkan lah kebahagiaan ini.
dan mohon tabahkan lah hati ini dalam menempuhi segala dugaan yang mendatang.
panjangkanlah jodoh kami.
moga kami berkekalan.
hingga ke akhir hayat. 
ameen ~

p/s : tiada yang mampu aku lakukan melainkan tunduk syukur kepada Mu :')

Wednesday, February 20, 2013

dugaan ohh dugaan .


semakin hari , semakin banyak dugaan yang mendatang. insan sekeliling , insan durjana, tidak pernah berhenti menjadi racun yang memakan kita sedikit demi sedikit. 1001 cara mereka lakukan , demi melihat kita tersungkur. dengki iri hati . itu lumrah manusia. sememangnya sudah ditakdirkan perasaan itu ada dalam diri manusia. tetapi aku ? aku tidak akan mengalah. aku akan perjuangkan kebahagiaan kita. aku akan terus menerus berperang untuk hubungan kita. jangan risau sayang. aku bukan seorang perempuan yang mudah menyerah. aku bukan perempuan lemah. dan aku berjanji , aku akan selalu ada untuk memapah kau sebelum kau sempat jatuh ke tanah.

p/s : YA ALLAH , tabah kan lah hati kami unutk menempuhi segala dugaan . amin ~



Tuesday, February 19, 2013

Doa ♥


Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

P/S : Mohd Amirul Luqman Bin Samad