Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, December 28, 2012

duit oh duit !

duit
di zaman yang penuh helah ini
hanya itu saja yang mampu menyelesaikan semua masalah
hanya itu yang semua manusia inginkan
mereka sanggup berhempas pulas
sanggup memerah seluruh tenaga
sanggup mengetepikan sikap perikemanusiaan
demi mendapatkan sekeping kertas yang begitu diagung agungkan
sekeping kertas yang dicetak lalu menjadi setinggi gunung nilainya
ada duit , dapat kuasa
ada duit , dapat nama
ada duit juga boleh mendapatkan cinta
senang kata ,
ada duit , dapat segalanya
mungkin benar kata mereka
manusia kini sudah menjadi hamba duit.
dan kerana duit juga
nyawa manusia seperti sudah kehilangan nilainya
dan aku ?
masih menguatkan diri
untuk cuba bertahan dari menjadi mangsa
mangsa HAMBA DUIT .

p/s : money is not everything , but everything need money .

No comments:

Post a Comment