Create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, October 28, 2012

merindu dan menunggu :(

hari ini
genap setahun kau di sana 
di tempat yang sangat berasingan
di tempat yang jauh dari pandangan orang
di tempat yang aku sendiri tidak dapat membayangkan
aku rindu kau . sangat merindui kau .
ketawa kau , marah kau , tuturkata kau , gurau senda kau , wajah kau , tangisan kau .
arghhh ~ iya ! aku rindu kau . semua tentang kau .
aku rindu satu satunya darah daging aku

kakak ku
kepulangan kau ku tunggu
setitis demi setitis airmata mengalir
ingatan aku terlalu aktif hari ini
aku pun tidak tahu apa puncanya
satu per satu filem kisah kau dan aku mula berputar
mengimbas jelas setiap kenangan antara kita
aku kesal . aku menyesal atas apa yang berlaku
aku terlalu lemah untuk mengubah takdir
aku tidak mempunyai kekuatan itu .
maafkan aku !

TUHAN , lindungi lah dirinya dimana pun dia berada.
tabahkan lah hatinya , kuatkan lah jiwanya dan perteguhkanlah iman nya ..
sesungguhnya aku sangat menyayangi nya Tuhan
meskipun pelbagai racun berbisa telah terpaksa aku telan
namun aku tahu
air dicincang tidak akan putus

segera lah pulang ya sayang ~
mak , papa , adik Qis , baby Koko dan
aku , adik kau
sentiasa setia menanti kepulangan kau .
tetapi ,
kepulangan kau yang baru
dan bukan yang dulu
aku sayang kau

p/s : pagi yang gelap , kini sudah terang . aku adik mu , dan engkau kakak . aku amat merindui kamu . ingin ku ulang ke masa dulu ~

Saturday, October 27, 2012

simple itu aku

hari ini .
pada malam ini .
aku melangkah kan kaki ke bilik belajar
dengan secawan teh panas di tangan
aku lantas menghidupkan hawa dingin
lalu melabuhkan punggung di kerusi dan membuka laptop
yang pertama sekali , aku sign in facebook aku . akaun pertama , seterusnya akaun kedua .
kemudian aku datang berkunjung ke blog kesayangan aku ini . tengok tengok jumlah penambahan pembaca blog aku ini . 10 orang . cukup lah untuk 1 hari. niat aku menulis blog ini dicipta bukan untuk mengejar followers semata mata .

aku ingin meluah . aku ingin menulis . dan aku ingin berkarya . itu hak aku . itu yang aku ingini . aku seorang manusia yang gemar melakukan apa yang aku suka . asalkan aku puas hati . dan aku pasti semua manusia juga begitu .

selepas itu , aku pun mula berjalan jalan di blog orang . mencuci minda . meluaskan pengetahuan . ilmu itu berada dimana mana . macam macam cerita , macam macam telatah , macam macam rupa blog aku jumpa . dengan senang hati aku menekan butang follow . cantik cantik dan kreatif kreatif belaka blog blog mereka . 

terdetik juga di otak aku nak buat macam mereka . hias blog dengan macam macam benda . tapi , ahhh ~ tak rajin ! lagipun aku tak suka , aku terasa rimas , sarat dan berat . huhhh ~

aku lebih senang dengan blog aku yang simple begini . bagi aku , blog blog yang dihasilkan dinilai melalui apa yang dicerita kan, melalui penulisan nya , melalui isinya . dan bukan 'kulit' nya . 'kulit' blog itu hanya 1 bonus bagi aku . hey , jangan marah . ini hanya pemikiran aku . maaf zahir batin .


p/s : blog aku yang dulu sarat juga . tapi sekarang aku dah jemu :)

Friday, October 26, 2012

kisah silam

kisah silam .
setiap manusia mempunyai kisah silam .
bezanya cuma setiap manusia itu berlainan jalan cerita nya.
ya ,
kisah silam memang tidak akan pernah hilang .
tidak akan pernah luput .
walaupun sehebat mana pun ia ditepis .
ia tetap hadir . ia tetap datang menghantui diri.
sekalipun beribu batu kita berlari .

namun , setiap manusia berbeza caranya . 
ada yang berfikiran terbuka , ada yang berfikiran luas 
dan ada juga mereka yang berfikiran sempit .

aku ..
aku mempunyai kisah silam.
amat sakit , perit , seksa !
ingin aku meraung .ingin aku menjerit .
seolah olah tidak boleh menerima kenyataan.
seolah olah segalanya baru sahaja berlaku.
ingin saja aku mengubah takdir.
tapi apakan daya . aku hanya manusia biasa ..

kini 
aku berada disini . kenapa aku ada di sini ? mengapa aku di sini ?bagaimana aku boleh ada di sini ? 
semuanya kerana kisah silam itu .
oleh kerana kisah itu lah ,
aku berada di sini .
di tempat yang penuh sinar .
di tempat yang penuh ketenangan.
di tempat yang dinamakan "kehidupan".
kisah silam itu yang mengajar aku erti ketabahan , kekuatan dan kesabaran .
sebagai iktibar aku genggami.
dan hingga akhirnya , 
aku menjumpai arah jalan hidup aku yang baru .
tidak seperti  selama ini yang tidak jelas ..
malah kabur..
suram...
kelam ..

p/s : sujud syukur kepada Mu yang maha Esa :')

aku kembali ~

malam ini .
malam raya aidiladha .
aku datang ke blog ini..
sambil membawa kain lap dan bulu ayam .
aku kesat , aku tepuk .
sungguh dah berhabuk blog kesayangan aku ini .
sudah agak lama aku meninggalkan pentas drama hidup aku ini .
huhhh ~

malam ini , aku tidak pasti apa yang bermain difikiran .
tiba tiba aku datang ke blog ini setelah sekian lama .
terasa ingin meluahkan sesuatu .
untuk aku berkongsi apa yang aku fikirkan.
tetapi ,
puas aku cuba mengenal pasti apa yang bergelegar di otak aku. .
aku pusing kiri ,
aku pusing kanan.
namun aku gagal .
fikiran aku terasa kosong .
ya , kosong ..

cuma yang aku pasti ,
aku akan kembali disini ..
aku akan kembali menulis blog.
aku akan kembali berkongsi apa yang ingin aku kongsikan .
dengan wajah yang baru ..
kisah yang baru ..
dan hidup yang baru ..