" Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan "
Sunday, January 20, 2013
berhenti berharap
maafkan aku sayang. aku masih belum bersedia. aku tidak akan mampu menjadi yang terbaik untuk kau. oleh itu , aku tekad untuk terus membunuh, daripada harus menghiris dan melukakan sedikit demi sedikit.itu lebih menyiksa ! kau akan menganggap aku jahat . tak mengapa . aku lebih senang digelar perempuan jahat berbanding digelar perempuan hipokrit. mengharap itu sakit . penantian itu penyiksaan. aku mengerti. disebabkan itu , aku lebih sanggup terus katakan 'tidak' , dari membuat kau tersiksa. tolong jangan mengharapkan aku . hati ini masih belum sembuh. luka itu masih berdarah. aku masih dalam rawatan. aku perlukan masa. dan aku sendiri tidak pasti, berapa lama tempoh yang hati ini perlukan . mungkin juga hingga sampai satu ketika , engkau sendiri tidak mampu lagi untuk terus menanti, dan akan berundur diri . sekali lagi maafkan aku .
p/s : harap tabah ya duhai hati :')
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment