" Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan "
Monday, January 28, 2013
welcome to my life, LOVE
dengan lafaz bismillah , aku, Iylia Shaferina menerima kau, Amirul Luqman untuk bertahkta dihati ini dan menjadi peneman bagi hari hari aku yang seterusnya. selamat datang sayang ke dalam hidup yang penuh onak liku ini . semoga kau tabah dan mampu bersabar dengan apa jua dugaan dan cabaran yang mendatang selama disisi aku. hanya 1 pinta aku , jagai lah hati ini seperti mana kau menjaga hati kau sendiri. aku tak menjanjikan kebahagiaan , tapi aku hanya mampu berjanji untuk cuba membahagiakan kau (:
p/s : semoga hubungan ini dan setiap apa yang kita lakukan sentiasa dijaga dan dirahmati Allah. amin ~
Sunday, January 27, 2013
aku tahu siapa aku .
sememangnya aku sudah lali dengan gelaran itu. 'perempuan jahat'. gelaran yang dah tak asing lagi. walau sebaik mana sekali pun aku buat untuk menjadi 'perempuan baik' , aku tetap dipandang sebagai 'perempuan jahat'. wajarkah itu ? kalian ada mulut dan kalian ada otak. memang ianya hak masing masing bagaimana untuk menggunakannya. gunakan otak dahulu dan baru luahkan dimulut. ah! apapun yang kalian tafsirkan , itu tidak akan mengubah aku untuk menjadi siapa aku. siapa aku yang akan datang, bukan letaknya ditangan kalian. oleh itu . mohon berhenti menyalak. jadi lah seperti manusia , bukan seperti anjing. maaf kasar bahasa . aku manusia biasa (:
p/s : hanya Tuhan saja yang tahu .
p/s : hanya Tuhan saja yang tahu .
Thursday, January 24, 2013
masih menanti :(
aku masih disini. setelah sekian lama, demi sebuah jawapan. yang aku sendiri tidak pasti keputusannya. apapun keputusannya, aku berjanji akan redha untuk menerima. dan tidak akan sesekali menitiskan lagi airmata. kerana ternyata , aku sudah kelemasan . berendam dengan airmata.
p/s : menanti sebuah jawapan
Monday, January 21, 2013
hati ini sudah 'mati' :(
hati ini sudah 'mati'. dan aku masih belum mampu untuk 'menghidupkannya'. aku masih trauma. aku masih ketakutan. ketakutan untuk kehilangan orang yang aku sayang. bukan untuk pertama kali, tapi sudah berpuluh kali.
andainya angin mampu meniup pergi segala luka dihati ini , tidak mungkin aku masih begini. masih merangkak , mencuba untuk melangkah, untuk bangkit dari kesakitan yang pernah ditorehkan. sangat pedih. sangat mendalam. hingga mampu membunuh sekeras keras hati aku. seringkali aku mengatakan hati ini kuat dan tabah, tetapi ianya tetap hati seorang wanita.
p/s : moga hati ini beransur pulih .
Sunday, January 20, 2013
berhenti berharap
maafkan aku sayang. aku masih belum bersedia. aku tidak akan mampu menjadi yang terbaik untuk kau. oleh itu , aku tekad untuk terus membunuh, daripada harus menghiris dan melukakan sedikit demi sedikit.itu lebih menyiksa ! kau akan menganggap aku jahat . tak mengapa . aku lebih senang digelar perempuan jahat berbanding digelar perempuan hipokrit. mengharap itu sakit . penantian itu penyiksaan. aku mengerti. disebabkan itu , aku lebih sanggup terus katakan 'tidak' , dari membuat kau tersiksa. tolong jangan mengharapkan aku . hati ini masih belum sembuh. luka itu masih berdarah. aku masih dalam rawatan. aku perlukan masa. dan aku sendiri tidak pasti, berapa lama tempoh yang hati ini perlukan . mungkin juga hingga sampai satu ketika , engkau sendiri tidak mampu lagi untuk terus menanti, dan akan berundur diri . sekali lagi maafkan aku .
p/s : harap tabah ya duhai hati :')
Subscribe to:
Posts (Atom)


.jpg)
.jpg)
