Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, January 16, 2013

'kawan'


terima kasih 'kawan'. kini aku mengerti apa maksud 'kawan'. aku tak perlukan 'kawan' seperti kau lagi.. tak mengapa, hari ini hari kau. aku hargai balasan yang kau bagi pada aku .aku akan ingat sampai bila bila. aku suka cara kau. hanya 1 ingin aku ingatkan , dunia ini berputar . Tuhan itu adil. please remember that. bila kau susah macam mana aku susah sekarang , kau akan mengerti. mohon jangan ingat aku langsung ketika itu. tapi ingat apa yang kau pernah buat. aku pernah sanggup mengikat perut , demi mengenyangkan perut kau, tapi ini balasan yang aku dapat? tahniah. kau berjaya membuat aku menyesal. dan itu akan menjadi kali terakhir aku buat ihsan pada kau , dan takkan ada lagi kali kedua , mahupun yang ketiga.


p/s : aku tetap bersyukur kerana masih lagi mempunyai sahabat sahabat yang sentiasa bersama ♥

Nur Farahana Bt Sarif.
dia adalah sahabat sejati dan akan selalu kekal menjadi sahabat sejati. terima kasih sayang kerana selalu ada . aku sayang kau gila gila. semoga persahabatan kita berkekalan sampai mati ♥

Monday, January 14, 2013

tidak mudah :(


tidak tahu bagaimana hendak aku nyatakan. tiada kata yang dapat aku gambarkan.
kecamuk , serabut , kusut . penat .
aku sangat kepenatan .
memang penat menjadi aku.
harus tetap cuba mengagahkan diri, sekalipun 1001 cabaran yang datang.
antara kuat atau tidak , antara mampu atau tidak ,
aku tidak pasti.
cuma yang aku pasti ,
ini jalan yang aku pilih .
moga Tuhan memberikan aku kekuatan .







p/s : baru kini aku tahu , bukan mudah menjadi aku .





Monday, January 7, 2013

tragedy 7th January !


OMG OMG OMG !
pagi tadi tayar motor bocor dekat simpang maut tu time on the way nak pergi sekolah . okay , this is the first time okay . it's never happened before . dah tu time hari-2 macam ni pulak boleh tak bawa handphone ! apa lah nasib badan ~ but it's okay , everything is under control . kakak hana datang ambil kami dekat sana and hantar pergi sekolah .

thanks a lot untuk abang aiem yang menolong kami pagi tadi. kenal pun secara tidak sengaja . siap tolong bawa kan motor hantar repair and siap hantarkan sekali dekat rumah hana. ohh gosh ! so sweett of you . thankyousomuch ! (:

okay , first time balik sekolah naik bas . ggrrrr !

# hope it will never ever happen again . huh ~


Friday, January 4, 2013

sastera ohh sastera ~

sekarang ,
bermulalah pembelajaran aku semester kedua . tidak dinafikan , ianya bukan mudah. semester kali ini berat dan sangat berat. sastera itu mudah , tapi untuk menjadi 100% orang sastera itu bukan mudah ! kadangkala aku terfikir sejenak , mampukah aku kejar dan tangkap setiap apa yang aku pelajari ? bolehkah aku ? cukup tabah kah aku untuk memerah habis habisan otak aku ni ?

 arghh ~ belum cuba belum tahu . aku yakin aku mampu. hendak 100 daya. dan aku pasti hati aku memang hendak !

hidup umpama peperangan. ianya terpulang kepada diri sendiri untuk terus melangkah ke medan peperangan dan berperang atau pun berundur lalu menyerah sebelum sempat berperang. dan aku akan sentiasa pastikan aku sempat berperang dalam setiap apa peperangan yang meletus dalam hidup ini.
ini cara aku.
study first.
semoga berjaya shana.
usaha dan terus berusaha , tanpa henti .

p/s : hidup mesti mencabar . baru 'rare' !



aku perlu habis kan kedua buku ini dalam masa 4 bulan .  bukan sekadar baca , tapi memahami sepenuhnya . Sulalatus salatin ini menggunakan 100 % bahasa klasik . oh tidak ! boleh gila . (:

Thursday, January 3, 2013

sakit itu penghapus dosa kecil (:


Tuhan memberikan penyakit. dan Dia juga yang menyembuhkannya .
dan sebagai seorang hambanya yang sangat kerdil .
aku memohon , aku berdoa agar disembuhkan penyakit yang sedang dihadapi ini .
setiap penyakit itu adalah penghapus dosa dosa kecil . aku tahu itu .
tak mengapa . aku harus bersabar dan berserah .
semoga Tuhan mendengar dan memakbulkan doa hambanya ini .
amin ~


p/s : mohon didoakan semoga aku cepat sembuh dan kembali ceria .